Kerajaan Kelantan didakwa serah tanah kepada orang luar bukan Bumiputera

KOTA BHARU – Tanah seluas 122.6 hektar milik kerajaan negeri didakwa sudah diserahkan kepada syarikat milik bukan Bumiputera yang beroperasi di luar Kelantan.

Difahamkan, tanah dalam kategori A berhampiran bandar Gua Musang diberikan kepada syarikat terbabit baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, tambah mengecewakan lagi apabila tanah berkenaan diberi status ‘pegangan selama-lamanya’.

Pendedahan itu dibuat Wan Mahussin selepas menerima salinan geran tanah berkaitan pemberian tanah berkenaan kepada syarikat terbabit.

“Ini membuktikan kerajaan Kelantan lebih mementingkan pihak luar berbanding rakyat negeri sendiri.

“Tambah menyedihkan lagi… tanah diberikan adalah gred A melibatkan kawasan utama di bandar Gua Musang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan Kelantan secara tanpa sedar memberikan hak milik tanah kepada orang luar.

“Apabila kita dengar ceramah mereka sering sahaja mengatakan Melayu terancam, Islam terancam tapi pada hakikatnya kerajaan Kelantan ‘mengurniakan’ tanah kepada syarikat luar.

“Sedangkan rakyat Kelantan sendiri… sehingga saat ini, masih (ramai) tidak dapat geran tanah bahkan perlu membuat bayaran premium tanah begitu mahal… nak pecah lot tanah pun kena bayar sampai RM6,000 ke RM7,000.

“Saya yakin dan percaya rakyat Kelantan tidak reda walaupun satu inci tanah dikurniakan kepada orang luar Kelantan dengan taraf selama-lamanya… nasib baik dia (kerajaan Kelantan) tidak tulis sampai kiamat.

“Justeru, rakyat Kelantan buka lah mata… dan ini baru satu yang dibongkarkan dan selapas ini akan ada lagi tanah-tanah yang diberikan selamanya kepada pihak luar,” katanya lagi.

Related Posts

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpandangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026