Sarawak ambil langkah proaktif bantu masyarakat Penan

MIRI – Majlis Penyerahan Memorandum Sokongan Pembangunan Komuniti Penan yang diadakan di Miri menandakan langkah penting oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha menyokong masyarakat Penan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk merangka dasar bagi membantu masyarakat Penan.

“Jawatankuasa ini akan melibatkan wakil rakyat dan bertujuan mencari penyelesaian terhadap keperluan masyarakat tersebut yang telah disuarakan melalui ketua kaum mereka.

“Terima kasih kepada masyarakat Penan yang mengemukakan 13 perkara mengenai sokongan dan keperluan,” ujar beliau.

Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen untuk memastikan semua rakyat, termasuk masyarakat Penan mendapat manfaat daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang berfokus pada keterangkuman dan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan.

Majlis tersebut turut disertai oleh pemimpin masyarakat Penan dari kawasan Baram, Limbang, dan Belaga, yang menyatakan sokongan penuh mereka terhadap inisiatif Kerajaan Sarawak.

Selain itu, acara itu dihadiri oleh beberapa pemimpin termasuk Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan menteri-menteri lain.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar