478 penduduk Belaga raih manfaat dari Program Bantuan Lesen Memandu B2

BELAGA – Seramai 478 penduduk di Belaga berjaya memperoleh Lesen Motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu B2 MyLesen.

Program ini dilaksanakan khususnya membantu masyarakat berpendapatan rendah, terutama golongan B40 yang menghadapi masalah ekonomi.

“Tujuan utama program ini ialah memudahkan akses kepada lesen motosikal dengan kos yang minima.”

“Saya amat berharap agar penerima menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” ujar beliau dalam majlis penutupan program Bantuan Lesen Memandu B2 MyLesen peringkat Belaga pada Rabu.

Selain itu, langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan sasaran pengurangan kematian sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Program ini bermula pada 29 Jun 2024 dan melibatkan ujian bertulis, latihan memandu serta pengujian memandu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak Nor Azlan Ibrahim, Pemangku Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah, DSP Jimbai Anak Bala Ketua Polis Daerah Belaga, Temenggong Ajang Sirek, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Kaum Ketua Masyarakat.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil