Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

IPOH – Seorang pemilik restoran ‘sizzling’ didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping, pada Selasa selepas mengaku bersalah menggunakan representasi berkaitan Islam berupa kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ di premisnya yang didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata tindakan itu susulan pemeriksaan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa KPDN Cawangan Taiping di sebuah restoran di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Januari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan menggunakan hiasan gantung yang tertera kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’.

“Semakan status pengesahan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak mengesahkan restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Hasil analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamalludin berkata, kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohamed Nizam Mohamed Yunan, manakala tertuduh, Seah Thien Lim, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM18,000 terhadap pemilik restoran tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1), Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills