MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah perlu membentangkan enakmen berkaitan bagi membolehkan kuasa mengurus bahan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kementeriannya sudah melaksanakan tanggungjawab di peringkat Persekutuan menerusi pembentangan pindaan rang undang-undang berkaitan pada persidangan Parlimen lalu.

“Saya telah berjaya membentangkan pindaan kepada rang undang-undang ini supaya kuasa mengurus bahan terjadual dapat diturunkan kepada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menurunkan kuasa itu sekiranya negeri belum mempunyai punca kuasa untuk menyambutnya,” ujarnya kepada media selepas Majlis Sesi Bersama Pemimpin sempena Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2026/2027 Kali Ke-32 di Dewan Canselor UMS, di sini, pada Selasa.

Menurut Arthur, sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dilaksanakan bagi menyegerakan proses berkenaan yang merupakan antara perkara diperjuangkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya difahamkan kerajaan negeri menyasarkan untuk membentangkan enakmen berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang, mungkin ketika pembentangan Belanjawan Negeri.

“Bahagian saya sudah dilaksanakan dan sekarang kita menunggu kerajaan negeri menyediakan punca kuasa untuk menerima kuasa yang akan diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, satu lagi perkara utama di bawah bidang kuasa kementeriannya berkaitan MA63 ialah penyerahan semula tanah milik Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Sejak saya menerajui kementerian ini, sebanyak lapan lot tanah milik Persekutuan sudah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun ini.

“Proses penyerahan semula tanah berkenaan masih berjalan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills