Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

KOTA KINABALU – Masalah bekalan air yang dihadapi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri bagi membolehkan tindakan penyelesaian diambil secepat mungkin.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, isu berkenaan dekat di hatinya sebagai seorang anggota Jemaah Menteri yang berasal dari Sabah.

“Masalah bekalan air merupakan antara cabaran yang dihadapi UMS sejak beberapa tahun lalu dan aduan mengenainya turut disampaikan kepada saya hari ini.

“Saya akan menggunakan ruang yang ada untuk berbincang dengan menteri berkaitan serta membangkitkan perkara ini di peringkat Jemaah Menteri.

“Saya berharap tindakan dapat diambil secepat mungkin bagi memenuhi keperluan mahasiswa dan mahasiswi di sini,” ujarnya kepada media selepas Majlis Sesi Bersama Pemimpin sempena Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu UMS Sesi 2026/2027 Kali Ke-32 di Dewan Canselor UMS, di sini, pada Selasa.

Menurut Arthur, sesi berkenaan memberi peluang bermakna kepadanya untuk bertemu pelajar baharu, selain berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai cabaran masa hadapan.

“Sebagai anak Sabah, saya amat berterima kasih atas peluang ini kerana dapat bertemu mahasiswa dan mahasiswi yang baharu memulakan pengajian mereka.

“Mahasiswa merupakan barisan pelapis kepimpinan negara yang perlu bersedia mendepani perubahan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), Revolusi Perindustrian dan automasi.

“Bidang pekerjaan yang mereka minati sekarang mungkin tidak lagi wujud atau skopnya berubah secara besar-besaran apabila mereka meninggalkan menara gading dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

“Oleh itu, mereka perlu merancang lebih awal dan tidak hanya melihat kepada peluang yang tersedia pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, perkongsian mengenai hala tuju serta cabaran yang dihadapi kementeriannya diharap dapat membantu mahasiswa merancang masa depan sepanjang mengikuti pengajian di universiti.

Masalah bekalan air di UMS merupakan isu berlarutan yang dihadapi warga kampus sejak beberapa tahun lalu, khususnya membabitkan pelajar di kolej kediaman.

Sebagai langkah penyelesaian, Kerajaan Persekutuan pada Julai 2025 menyalurkan peruntukan RM1 juta untuk melaksanakan pelan intervensi jangka pendek yang memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar, terutama di Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad.

Pelan itu merangkumi pembinaan saluran agihan khusus daripada sumber air bawah tanah UMS, penambahan tangki simpanan berkapasiti 130,000 liter serta pemasangan injap kawalan automatik bagi menstabilkan paras air dalam tangki perkhidmatan universiti.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan