Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

SANDAKAN – Golongan muda perlu bersikap rasional dan berhati-hati dalam menilai lambakan maklumat di media sosial bagi mengelak terjebak menyebarkan berita palsu.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Batu Sapi, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, generasi muda perlu membudayakan amalan menyemak fakta dan mendapatkan gambaran sebenar sesuatu isu sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat diterima.

“Jangan hanya ikut apa yang orang lain kata. Kita perlu mencari kebenaran dan memahami sesuatu isu terlebih dahulu supaya maklumat yang tidak tepat tidak terus tersebar dalam masyarakat.

“Perkembangan politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menunjukkan pentingnya peranan parti tempatan dalam menentukan hala tuju pembangunan Sabah.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri kekal stabil, manakala pembangunan infrastruktur terus dilaksanakan selain peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun,” ujarnya.

Tambahnya, perkembangan itu penting bagi memastikan Sabah terus bergerak ke hadapan.

“Kita dapat melihat peranan yang boleh dimainkan oleh parti tempatan.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak merupakan antara contoh yang jelas, dengan pencapaiannya yang ketara,” ujarnya.

Dalam pada itu, George mengingatkan barisan jawatankuasa Pemuda dan Beliawanis yang baharu ditubuhkan supaya memainkan peranan aktif dalam mendekati serta menyatukan golongan muda di Batu Sapi.

“Kedua-dua sayap tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kegiatan politik, sebaliknya perlu menganjurkan aktiviti sihat dan bermanfaat yang dapat menggalakkan penyertaan belia dalam masyarakat.

“Terdapat sebahagian golongan muda yang semakin terpisah daripada masyarakat dan ada yang terjebak dalam kegiatan tidak sihat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda dan Beliawanis perlu turun ke lapangan untuk mendekati mereka serta membuka lebih banyak ruang kepada golongan muda untuk terlibat dalam kerja kemasyarakatan.

“Saya berharap anda semua dapat membawa pengaruh positif di Batu Sapi, membimbing generasi muda ke arah yang lebih baik dan memupuk semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Gagasan Rakyat Bahagian Batu Sapi turut akan membantu golongan muda mendapatkan peluang pekerjaan serta mempelajari kemahiran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka,” kongsinya.

Beliau turut menegaskan peranan Pemuda dan Beliawanis tidak harus terbatas kepada politik semata-mata, sebaliknya perlu berteraskan khidmat kepada rakyat sambil membantu membentuk pemikiran politik yang matang dalam kalangan generasi muda.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills