Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang didedahkan kerajaan baru-baru ini.

Dua lelaki masing-masing berusia 68 dan 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembelian saham dua syarikat perladangan yang melibatkan nilai kira-kira RM370 juta.

Memetik Berita Harian, kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada malam yang sama atas faktor kesihatan dan dijadualkan hadir semula ke ibu pejabat suruhanjaya itu hari ini bagi menyambung proses rakaman percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki membabitkan penyalahgunaan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Semalam, SPRM turut menahan dua individu lain dalam siasatan berkaitan Laporan RCI Tabung Haji.

Suspek pertama ialah seorang pengarah syarikat reka bentuk berusia lingkungan 50-an yang disyaki memberi rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 kepada bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah badan berkanun sebagai balasan mendapatkan projek bernilai hampir RM8 juta.

Rasuah itu dipercayai diberikan dalam bentuk kerja pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO terbabit antara tahun 2014 hingga 2018.

Seorang lagi suspek, iaitu bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekal anak benih getah, turut ditahan kerana disyaki menyeleweng kontrak pembekalan bernilai kira-kira RM8 juta.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembekalan anak benih getah di dua syarikat perladangan yang juga merupakan anak syarikat badan berkanun berkenaan bagi tempoh 2015 hingga 2017.

Kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok