LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak, di sini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat kes penyalahgunaan subsidi diesel BUDI MADANI.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Dzulbaharin Ismail berkata, mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) selepas menerima aduan berkaitan transaksi tanpa pengetahuan mangsa.
Beliau berkata, siasatan mendapati berlaku empat transaksi penggunaan kuota subsidi berjumlah 43.01 liter di sebuah stesen minyak tempatan tanpa kebenaran pemilik MyKad.
“Modus operandi suspek adalah dengan mencatat nombor MyKad pelanggan yang menggunakan subsidi, sebelum menggunakannya semula tanpa kad fizikal melalui akses kata laluan penyelia.
“Nombor tersebut kemudian digunakan untuk transaksi pelanggan lain yang tidak menggunakan subsidi bagi mengaut keuntungan secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Justeru, beliau menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati ketika menyerahkan MyKad serta segera melaporkan sebarang penyalahgunaan subsidi kepada pihak polis.
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah
KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…
Lebih lanjut






