Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

SEREMBAN – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat menghargai pendekatan kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sepanjang dua penggal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang disifatkan sebagai mudah didekati serta dekat dengan masyarakat.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) di pusat mengundi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar mendapati pengundi berharap wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dapat meneruskan hubungan baik bersama rakyat dan memberi perhatian kepada isu yang dihadapi masyarakat.

Pesara kerajaan, Rajendran Appakutty berkata, dia menghargai cara Aminuddin mendekati rakyat serta berharap PH dapat meneruskan kesinambungan khidmat kepada masyarakat.

Menurutnya, pemimpin yang baik ialah mereka yang mudah ditemui, bersedia mendengar masalah rakyat dan membantu apabila diperlukan.

“Saya sudah fikir dan berdoa sebelum keluar mengundi. Kita pilih pemimpin yang kita rasa boleh membantu rakyat.

“Bagi saya, Menteri Besar mudah didekati dan senang bertemu rakyat. Kalau ada masalah, kita boleh jumpa dan minta bantuan,” katanya.

Rajendran berkata, dia berharap pemimpin yang dipilih selepas PRN kali ini dapat meneruskan pendekatan turun padang serta tidak melupakan rakyat selepas memperoleh mandat.

Sementara itu, pesara kerajaan, Mohd Arif Mohd Noor berkata, rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan masyarakat dan terus menjalankan tanggungjawab selepas pilihan raya.

Dia berkata, proses pengundian di pusat berkenaan berjalan lancar dan berharap wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga amanah yang diberikan.

“Alhamdulillah, proses pengundian berjalan lancar. Kita mahukan pemimpin yang dekat di hati rakyat, boleh dipercayai dan apabila rakyat perlukan bantuan, mereka ada untuk membantu.

“Jangan selepas habis pilihan raya dan sudah menang, rakyat susah hendak jumpa dengan pemimpin,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Malathi Pushpanathan, dia hadir lebih awal ke pusat mengundi sebelum memulakan tugas kerana menganggap mengundi sebagai tanggungjawab setiap rakyat.

Katanya, dia masuk bekerja pada tengah hari dan memilih untuk keluar awal supaya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa sebarang masalah.

“Saya datang awal untuk mengundi kerana selepas masuk kerja nanti sukar untuk keluar semula. Mengundi ini tanggungjawab kita sebagai rakyat.

“Saya berharap pemimpin yang dipilih nanti dapat membantu rakyat kerana masih banyak masalah yang perlu diselesaikan,” katanya.

Kerusi DUN Sikamat menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon PH, Norazman Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), Badrul Hisham Shaharin, dan calon Perikatan Nasional (PN), Dr G Rajasekaran.

Aminuddin sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi, namun tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini dan berpindah bertanding di DUN Linggi.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK