Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

KOTA KINABALU – Proses pelaksanaan bayaran interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Sabah akan diteruskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadualkan bersidang pada 3 Ogos ini sebelum dibentangkan di Parlimen dan diwartakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, peningkatan bayaran interim itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan kini memasuki fasa pelaksanaan mengikut proses yang ditetapkan.

“Ya, seperti yang saya sebut tadi memang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tentang peningkatan bayaran interim kepada RM1.5 bilion.

“Jadi proses seterusnya ialah kita akan bawa kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan bersidang pada 3 Ogos ini dan kita akan putuskan secara rasmi dan selepas itu kita akan bentang di Parlimen, seterusnya ia akan diwartakan dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas itu barulah bayaran akan dibuat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah, di Dewan Masyarakat Manggatal, di sini pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata , proses pewartaan penting bagi memastikan bayaran interim RM1.5 bilion itu mempunyai kedudukan rasmi dan terus dibayar setiap tahun sehingga sebarang semakan atau perubahan dibuat pada masa hadapan.

“Apabila diwartakan, nilai ini akan kekal sehingga di ‘revise’, ada perubahan-perubahan tetapi yang penting pewartaan ini supaya merupakan RM1.5 bilion bayaran interim ini akan dibayar setiap tahun sehingga ada perubahan,” kongsinya.

Terdahulu, Mustapha, merasmikan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat DUN Inanam di bawah kelolaan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah dan Komuniti MADANI bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Kita menekankan juga untuk mengingati kembali tentang peranan tokoh-tokoh terdahulu yang banyak terlibat dalam proses kemerdekaan dan juga pembentukan Malaysia.

“Satu juga sisi penting yang kita kena rayakan Ialah tentang sambutan Hari Sabah yang juga amat signifikan kepada anak Negeri Sabah dan akhirnya kita tutup dengan Hari Malaysia,” ujarnya.

Mustapha berharap agar program itu akan memberi kesedaran kepada masyarakat dan sekali gus mengibarkan jalur gemilang dan juga bendera negeri Sabah di rumah, kedai dan premis masing-masing.

“Kita harap supaya kita dapat tunjukkan kepada generasi muda tentang pentingnya merayakan hari-hari penting ini dan untuk memperingati mereka tentang sejarah negeri dan negara kita,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan