KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KOTA KINABALU – Dewan Masyarakat Manggatal menjadi saksi ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sabah 2026 yang membawa simbol perpaduan, jati diri dan kesedaran sivik yang bergerak merentasi seluruh negeri Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pengisian Walkabout di Pekan Manggatal menerusi inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ bertujuan memupuk tanggungjawab bersama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang penghargaan terhadap kestabilan negara.

“Dalam era digital yang menyaksikan penyebaran maklumat berlaku tanpa sempadan, Saudara dan saudari merupakan barisan hadapan yang berperanan memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat, sahih dan bertanggungjawab.

“Ia menjadi benteng yang kukuh dalam menangkis penyebaran berita palsu, fitnah serta sebarang fahaman yang boleh menggugat perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara,” katanya semasa berucap dalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sabah 2026, di sini pada Sabtu.

Selain itu, beliau berkata, dengan kepelbagaian etnik, budaya dan tradisi yang menjadi kebanggaan negeri Sabah sebagai kekuatan untuk menyatukan rakyat.

“Semangat inilah yang perlu terus dipupuk agar perpaduan kekal utuh, keharmonian terus terpelihara dan pembangunan dapat dinikmati oleh semua,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Perdana Menteri kekal komited untuk memperkukuh agenda pembangunan Sabah dan Sarawak secara menyeluruh, inklusif dan mampan.

“Selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pelbagai usaha terus dipergiat bagi memastikan hak, kepentingan serta keperluan rakyat Sabah terus diberi perhatian.

“Matlamat utama kerajaan adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperluas peluang ekonomi, memperkukuh pembangunan infrastruktur dan modal insan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang,” jelasnya.

Mengulas berkenaan bulan kemerdekaan, katanya, patriotisme bukan sekadar laungan semangat atau kibaran Jalur Gemilang, tetapi merupakan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air yang dizahirkan melalui kesetiaan, pengorbanan dan tanggungjawab kepada negara.

“Semangat ini hendaklah diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui akhlak yang mulia, nilai integriti yang tinggi serta rasa hormat terhadap sejarah, budaya dan warisan yang membentuk identiti negara.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi atau kecanggihan teknologi, tetapi turut dipacu oleh perpaduan rakyatnya,” ujarnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX