PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri susulan sistem pilihan raya first-past-the-post (FPTP) yang digunakan di Malaysia.

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, peratusan undi popular yang diperoleh PH kali ini meningkat berbanding 37.8 peratus pada PRN lalu, sekali gus menunjukkan gabungan itu masih menjadi pilihan sebahagian besar pengundi di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membentuk kerajaan negeri.

“PH masih menjadi pilihan rakyat Negeri Sembilan. Namun, kita kehilangan kerajaan negeri kerana sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post (FPTP),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sistem FPTP ialah kaedah pilihan raya yang menentukan kemenangan berdasarkan calon yang memperoleh undi terbanyak di sesuatu kawasan pilihan raya, tanpa mengambil kira sama ada calon berkenaan memperoleh majoriti mutlak atau tidak.

Justeru, sesebuah parti atau gabungan boleh memperoleh undi popular yang tinggi di peringkat keseluruhan, namun tetap memenangi kerusi yang lebih sedikit jika undinya tertumpu di kawasan tertentu.

Sistem FPTP turut digunakan di beberapa negara Komanwel termasuk United Kingdom, India, Kanada dan Bangladesh bagi pilihan raya kebangsaan atau sebahagian pilihan raya mereka.

Mengulas keputusan PRN itu, Dr Hafidzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama  berkata, PH menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

“Macam Tok Min kata, kita reda dengan ketentuan Allah. Kekalahan ini akan menjadikan kita lebih tawaduk kepada Allah serta terus beramal dan bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa PH akan terus memperkukuh usaha mendekati rakyat dan memperbaiki kelemahan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK