Masalah air, elektrik bukan alasan tidak kibar Jalur Gemilang – Masidi

KOTA KINABALU – Masalah bekalan air dan elektrik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengurangkan semangat patriotisme, termasuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun Sabah masih berdepan pelbagai cabaran pembangunan, rakyat perlu terus mempamerkan rasa cintakan negara serta menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan negeri.

“Setiap teguran terhadap kerajaan perlu disertakan dengan cadangan yang membina, bukannya sekadar kritikan tanpa usaha mencari penyelesaian.

We should be part of the solution. Kita yang menegur patut menjadi sebahagian daripada yang mencari penyelesaian, bukan sekadar kerana satu bentuk yang bersifat destruktif atau mengkritik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Sabah dan Kempen Kibar Bendera di Menara Kinabalu, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Masidi berkata, rakyat Sabah secara umumnya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, namun semangat itu perlu diterjemahkan melalui tindakan, termasuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

“Mengibarkan Jalur Gemilang bukanlah satu beban kerana ia hanya dilakukan sekali dalam setahun, selain kos mendapatkan bendera juga tidak tinggi.

“Rakyat tidak seharusnya mengharapkan kerajaan menyediakan segala-galanya, sebaliknya perlu menunjukkan komitmen sendiri dalam memupuk semangat cintakan negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Masidi turut mengambil contoh semangat patriotisme rakyat Indonesia yang mengibarkan bendera secara meluas setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan negara itu sebagai amalan yang wajar dicontohi.

“Cabaran seperti masalah bekalan air dan elektrik tidak mempunyai kaitan dengan semangat nasionalisme, malah keadaan itu sepatutnya menjadi dorongan untuk rakyat bersama-sama memperkukuh semangat patriotisme dan berusaha membangunkan negeri,” ujarnya.

Related Posts

Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

Ithma KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu