Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

SHAH ALAM – Penunggang motosikal terus menjadi kumpulan paling terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya di Selangor apabila menyumbang 70.18 peratus daripada 400 kes kematian direkodkan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor, Chong Ka Foo berkata, kebimbangan itu turut dipengaruhi peningkatan jumlah motosikal yang terlibat dalam kemalangan sebanyak 10.01 peratus kepada 13,928 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya di Selangor meningkat sebanyak 3,350 kes atau 3.61 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 2025.

“Peningkatan itu didorong pertambahan kemalangan yang hanya melibatkan kerosakan kenderaan sebanyak 3,409 kes atau 3.72 peratus, sekali gus menyumbang 98.92 peratus daripada keseluruhan peningkatan kemalangan.

“Bagaimanapun, semua kategori kemalangan yang melibatkan kecederaan termasuk kes maut, kematian, kecederaan parah dan ringan mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Chong berkata, MKJR Selangor memperhebat usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menerusi paparan mesej keselamatan pada skrin LED digital di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT), selain menggunakan platform media sosial agensi.

Menurutnya, penyebaran mesej keselamatan secara berterusan perlu dibudayakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya serta membantu mengurangkan kadar kemalangan di Selangor.

“Usaha ini perlu diteruskan secara konsisten supaya mesej keselamatan dapat disampaikan kepada lebih ramai pengguna jalan raya dan seterusnya membantu mengurangkan kemalangan di negeri Selangor,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan