UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

PEKAN – UMNO perlu melakukan anjakan dan mengetepikan perbezaan dalaman bagi menjadi parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta menjadi sandaran orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, rakyat hari ini tidak lagi berminat dengan cerita sejarah semata-mata.

Sebaliknya, menurut Mohammad Fakhruddin, rakyat mahukan penyelesaian kepada isu kos sara hidup, kemudahan asas dan perumahan.

“Hari ini orang nak tahu jalan okey tak, longkang okey tak, rumah disediakan tak, harga barang macam mana.

“Contoh di Pahang, (harga) rumah biasa RM400,000 tapi kita buat RM150,000. Bulanan RM700. Kalau harga RM400,000, bulanan hampir RM2,000. Jadi RM700 sebulan itu dapat mengurangkan kos kehidupan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Perasmian mesyuarat dilakukan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Mohammad Fakhruddin berkata, ahli UMNO perlu kembali turun padang dan mendekati rakyat bagi memastikan usaha memenangi kembali kepercayaan rakyat dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

“Apabila bekerja, kena turun padang, dekati rakyat. Kos kehidupan rakyat dikurangkan, tapi parti dalam masa yang sama mesti kekal utuh,” katanya.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar