Sabah jadi contoh keharmonian, tuan rumah Dialog Harmoni Kebangsaan 2026

KOTA KINABALU – Sabah dipilih sebagai tuan rumah Dialog Harmoni Peringkat Kebangsaan 2026 sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan negeri itu memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya sejak sekian lama.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, pemilihan itu mencerminkan keyakinan bahawa Sabah mempunyai pengalaman dan kekuatan tersendiri dalam mengurus serta memelihara keharmonian masyarakat yang pelbagai.

“Tema ‘Harmoni Dalam Kepelbagaian: Memperkukuh Warisan Toleransi Sabah’.

“Ia bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat negeri ini yang sejak sekian lama mengamalkan budaya saling menghormati, memahami dan meraikan kepelbagaian sebagai kekuatan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Dialog Harmoni 2026 Peringkat Kebangsaan, di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga ADUN Matunggong berkata, Sabah yang mempunyai lebih 55 kumpulan etnik dan subetnik menjadi contoh terbaik bagaimana kepelbagaian bukan menjadi jurang pemisah, sebaliknya kekuatan yang menyatukan rakyat.

Katanya, sambutan pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan dan Deepavali diraikan bersama dalam suasana penuh muhibah, manakala hubungan harmoni itu turut terserlah dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Nilai toleransi, persefahaman dan semangat kekitaan telah lama berakar dalam kehidupan rakyat Sabah dan menjadi asas kepada perpaduan yang kukuh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Dialog Harmoni Kebangsaan 2026 menjadi platform terbaik untuk berkongsi pengalaman, membincangkan cabaran semasa serta merangka pendekatan yang lebih inklusif dalam usaha memelihara perpaduan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa perpaduan merupakan tanggungjawab bersama, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin mencabar dan berdepan pelbagai pengaruh yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah melalui kementeriannya sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Perpaduan dan agensi kerajaan lain bagi melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya berharap dialog ini menjadi wadah terbaik untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik dan memperkukuh komitmen semua pihak dalam memelihara keharmonian negara demi generasi masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz