177 premis makanan ditutup berpunca masalah tikus

GEORGE TOWN – Sebanyak 177 premis makanan di Pulau Pinang diarahkan tutup sementara sepanjang Januari hingga April lalu dengan hampir 69 peratus daripadanya melibatkan masalah kawalan makhluk perosak termasuk tikus.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata, daripada 4,069 premis makanan yang diperiksa dalam tempoh tersebut hanya 4.3 peratus didapati gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

Menurutnya, daripada 177 premis yang diarahkan tutup sementara, sebanyak 122 premis atau 68.9 peratus melibatkan masalah kawalan makhluk perosak, 49 premis (27.7 peratus) mempunyai tahap kebersihan tidak memuaskan manakala enam premis lagi (3.4 peratus) dikaitkan dengan kes keracunan makanan.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sepanjang Januari hingga April 2026, sebanyak 4,069 premis makanan telah diperiksa di seluruh negeri.

“Majoriti premis sebenarnya mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan namun 177 premis telah diarahkan tutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di Komtar, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 1,771 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan premis dan pengendalian makanan.

Beliau berkata, sebanyak 204 operasi pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Pulau Pinang sepanjang tempoh berkenaan, selain tindakan susulan terhadap aduan yang diterima.

Dalam perkembangan sama, Daniel menambah, daripada 4,069 premis yang diperiksa, hanya tujuh kes direkodkan membabitkan kegagalan mematuhi syarat suntikan tifoid dalam kalangan pengendali makanan.

“Premis makanan di hospital, kantin sekolah, kantin kilang dan premis lain yang menyediakan makanan kepada orang ramai juga tertakluk kepada pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan yang sama di bawah Akta Makanan 1983,” katanya lagi.

Related Posts

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

KUCHING – DAP Sarawak menyambut baik usaha berterusan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pengembalian hak dan penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Pahang mengumumkan pembayaran dividen modal syer tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1967, iaitu pada kadar 60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli