Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

TAWAU – Seramai 11 keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Islamiah, di sini, dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan perumahan di bawah inisiatif Rumah Mesra SMJ.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, saranan tersebut dibuat dengan mengambil kira kesesuaian tanah serta persetujuan semua pihak.

“Kuota Rumah SMJ ini melalui pejabat DUN Kukusan dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu serta kelayakan yang dimiliki oleh mangsa,” katanya kepada media selepas menyempurnakan penyerahan bantuan kepada 11 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Serbaguna OT Jantan, pada Khamis.

Menurut Rina, setiap KIR menerima bantuan RM1,000 serta RM500 masing-masing daripada Yayasan Kebajikan Sabah dan sumbangan peribadinya bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

“Pejabat Kebajikan turut menyalurkan bantuan berupa keperluan makanan dan peralatan elektrik.

“Mereka juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa kebakaran sebagai SOP setiap kali menghadapi bencana,” ujarnya.

Untuk rekod, 11 KIR dari empat buah rumah yang musnah dua hari lalu terdiri daripada 36 mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna OT Jantan sehingga Ahad ini.

Dalam perkembangan berasingan, Rina menyambut baik cadangan pembukaan sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Balung.

Beliau berkata, keperluan itu sangat diperlukan kerana telah dirancang sejak 10 tahun lepas bagi membantu lebih ramai individu keluar daripada belenggu penyalahgunaan dadah.

“PUSPEN pertama di Papar dan kedua ini (Balung) diusahakan, lima tahun akan datang siap, Insya-Allah,” ujarnya.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion