Pelbagai hidupan liar dirampas dalam OPS Bersepadu 3.0 di Penampang

PENAMPANG – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berjaya merampas pelbagai spesies hidupan liar yang dipercayai dimiliki tanpa permit atau dokumen yang sah dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu di Kampung Nambazan, Penampang, hari ini.

JHL Sabah dalam satu kenyataan media berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Bersepadu 3.0 itu dilaksanakan dengan kerjasama Unit Risikan Marin Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam operasi tersebut, pasukan penguat kuasa telah merampas beberapa spesies hidupan liar yang disyaki dimiliki tanpa dokumen yang sah, termasuk seekor rusa sambar, seekor kijang, seekor burung Bornean Crested Fireback Pheasant, tiga ekor burung Silver Pheasant, dua ekor landak nibung, seekor landak raya dan seekor ular sawa batik,” kongsi kenyataan itu, pada Khamis.

Menurutnya, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana disyaki memiliki hidupan liar tanpa permit atau dokumen yang sah.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Jabatan memandang serius terhadap sebarang kesalahan berkaitan pemilikan, pemburuan dan perdagangan hidupan liar yang menyalahi undang-undang kerana aktiviti sedemikian boleh mengancam kelestarian biodiversiti negeri,” ujarnya.

Sehubungan itu, JHL Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli hidupan liar atau hasilannya daripada sumber yang tidak sah kerana perbuatan tersebut boleh menggalakkan aktiviti pemburuan dan perdagangan hidupan liar secara haram.

“Orang ramai perlu memastikan mana-mana penjual mempunyai permit dan dokumen yang sah sebelum melakukan sebarang urusan pembelian, walaupun bagi spesies yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang.

“JHL Sabah turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pemburuan, pemilikan atau perdagangan hidupan liar yang menyalahi undang-undang bagi membantu usaha penguatkuasaan dan pemuliharaan hidupan liar di Sabah.

“Kerjasama orang awam amat penting dalam memastikan sumber hidupan liar negeri ini terus terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” kongsi kenyataan tersebut.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM