Program Ekonomi MADANI ATM diperluas, RM10 juta manfaatkan 2,235 warga BAKAT di 90 kem

KLUANG – Kementerian Pertahanan terus memperkukuh agenda kesejahteraan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi peluasan Program Ekonomi MADANI ATM yang kini melibatkan peruntukan hampir RM10 juta bagi tahun 2026.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut bakal memberi manfaat kepada seramai 2,235 warga Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) melibatkan pelaksanaan 60 projek tambahan di 90 kem ATM seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI ATM di Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion Kelima (5 RAMD), Kem Batu 3, Kluang, Johor.

Menurut beliau, Kluang menjadi lokasi permulaan kepada pelaksanaan Program Ekonomi MADANI dalam kem ATM selepas kementerian mula melihat potensi membawa manfaat program ekonomi rakyat terus ke dalam komuniti kem tentera sejak dua tahun lalu.

“Kita mahu keluarga ATM turut menikmati peluang pembangunan ekonomi seperti masyarakat di luar kem. Sebelum ini pendekatan kesejahteraan anggota lebih tertumpu kepada aspek kebajikan, pendidikan dan kesihatan.

“Namun melalui program ini, usaha diperluaskan kepada pembangunan sosioekonomi dan peningkatan upaya keluarga anggota ATM,” katanya.

Mohamed Khaled menjelaskan, sebelum ini program berkenaan hanya melibatkan 60 kem dengan penyertaan 1,265 warga BAKAT, namun sambutan dan keberkesanan yang positif mendorong kerajaan memperluaskan skop pelaksanaannya tahun ini.

Tambah beliau, penglibatan syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) termasuk Boustead Plantations Berhad turut membantu memastikan setiap projek ekonomi yang dijalankan mempunyai kesinambungan selain jaminan pasaran kepada peserta.

Malah, katanya, BPlant turut menanggung sebanyak 50 peratus kos bagi projek madu kelulut sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa semua program yang dilaksanakan akan digerakkan bersama institusi pengajian tinggi bagi memastikan ilmu, kepakaran dan hasil penyelidikan universiti dapat dimanfaatkan secara terus oleh masyarakat khususnya keluarga ATM.

Beliau berharap Program Ekonomi MADANI ATM mampu menterjemahkan aspirasi Ekonomi MADANI melalui pendekatan berteraskan keadilan sosial, inovasi dan pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing.

“Insya-Allah, program ini akan membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga ATM serta melahirkan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan