Pendakian Gunung Kinabalu Wira Transplant Malaysia tingkat kesedaran pendermaan organ

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan pendakian Gunung Kinabalu oleh Wira Transplant Malaysia sebagai (WTM) simbol keberanian, harapan dan ketabahan dalam memperjuangkan kesadaran mengenai pendermaan organ serta transplantasi di negara ini.

“Program tersebut bukan sekadar cabaran fizikal, malah membawa mesej penting kepada masyarakat mengenai peluang kedua kehidupan melalui transplantasi organ.

“Saya berharap pendakian berkenaan dapat terus meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendermaan organ,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Program 2026 Mount Kinabalu Expedition on Organ Transplant Awareness’ anjuran WTM tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Mohd Ishak Ayub mewakili Menteri Kewangan Sabah, di Ibis Styles, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Ishak berkata, ketika ini kira-kira 51,000 rakyat Malaysia menjalani rawatan dialisis dan jumlah itu meningkat sekitar 27 orang setiap hari.

“Penyakit buah pinggang dan rawatan dialisis jangka panjang bukan sahaja memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan, malah turut menjejaskan produktiviti, sumber pendapatan keluarga dan kualiti hidup masyarakat.

“Keadaan itu menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan organ dan usaha memperkukuhkan sistem transplantasi negara,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap pendakian berkenaan dapat terus meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendermaan organ.

“Pendakian ini adalah simbol perjuangan dan harapan buat pesakit transplantasi serta keluarga mereka dan menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pendermaan organ.

“Program ini turut disokong pelbagai pihak termasuk Persatuan Transplantasi Malaysia (MST) dan Yayasan Kelab-Kelab Rotary Malaysia melalui pembiayaan orang ramai.

“Ia mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang bersatu demi menyelamatkan nyawa, selain membawa mesej bahawa harapan dan kehidupan sentiasa perlu diperjuangkan,” ujarnya.

Sebagai rekod, pendakian tersebut merupakan kali ketiga anjuran WTM selepas kejayaan program sama pada tahun 2022 dan 2024 membuktikan sokongan masyarakat terhadap usaha berkenaan semakin meningkat.

Turut hadir, Presiden MST, Dr Zaimi Wahab, Pengerusi Yayasan Kelab-Kelab Rotary Malaysia, Datuk Zainie Abdul Aucasa dan Presiden WTM, Manvir Victor.

Related Posts

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju