Pahang peruntuk RM290 juta ganti 607.3 kilometer paip usang

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM290 juta bagi menggantikan 607.3 kilometer rangkaian paip agihan yang dikenal pasti berada pada tahap kritikal, usang dan mengalami kekerapan pecah yang tinggi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha itu sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan negeri meningkatkan mutu bekalan air di negeri ini bermula tahun 2022 dan akan terus dilaksanakan secara berfokus serta berperingkat sehingga tahun 2031.

Menurutnya, Pahang mempunyai keseluruhan rangkaian sistem agihan paip yang menjangkau hampir 15,000 kilometer di seluruh negeri, meliputi kawasan bandar, luar bandar serta kawasan dengan bentuk muka bumi yang mencabar.

“Berdasarkan analisis teknikal yang dilaksanakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), dianggarkan kira-kira 23 peratus atau kira-kira 3,450 kilometer daripada keseluruhan sistem agihan paip di negeri ini masih menggunakan paip jenis Asbestos Cement (AC) dan akan diganti kepada paip jenis Mild Steel Cement Lining (MSCL).

“Daripada kira-kira 3,450 kilometer tersebut, kerajaan negeri komited untuk menggantikan sepanjang 607.3 kilometer paip yang telah dikenal pasti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung status kemajuan terkini kerja-kerja penggantian paip bekalan air uzur yang dikemukakan Hassanuddin Salim (Pas-Kuala Semantan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, setakat ini, daripada 607.3 kilometer paip uzur yang perlu diganti, sebanyak 94.3 kilometer telah siap dilaksanakan.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan