Aidilfitri disambut sederhana, penghuni Rumah Anak Yatim Nur Taqwa tetap cekal menimba ilmu

KOTA BELUD – Walaupun persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dilihat sederhana, anak-anak di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa menyambut Syawal dengan hati penuh harapan dan rasa syukur.

Di setiap bilik, di setiap sudut rumah itu, terserlah semangat mereka untuk merasai kemeriahan hari raya, walaupun jauh dari keluarga.

Pengerusi rumah kebajikan berkenaan, Ladim Abdul Rahman berkata, sambutan Ramadan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila bantuan dan program bersama masyarakat dilihat sedikit berkurangan.

Namun, ia tidak memadamkan semangat anak-anak yang tinggal di situ.


Bukan sekadar tempat perlindungan

Setakat ini, hanya beberapa pihak tampil membantu termasuk Jawatankuasa Masjid Kampung Payas-Payas serta individu yang menyumbang dan berbuka puasa bersama anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

“Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, biasanya ada pihak yang membawa anak-anak membeli pakaian raya di Kota Kinabalu.

“Namun setakat ini belum banyak tempahan program diterima,” katanya ketika ditemu ramah wartawan TMP.

Sejak penubuhan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada tahun 2006, institusi ini bukan sahaja menjadi tempat perlindungan kepada anak-anak asnaf, malah turut menjadi pusat pendidikan agama.

“Kini, seramai 121 pelajar berdaftar di SAR Nur Taqwa dan beberapa graduan telah berjaya menamatkan pengajian.

Menurut Abdul Rahman, tujuan utamanya adalah untuk menjadikan rumah dan sekolah ini sebagai contoh kepada masyarakat, khususnya komuniti Iranun di sekitar Kota Belud.

Cemburu kebahagian orang lain

Bagi Awang Indra Putra, 16, yang telah tinggal di rumah itu selama tiga tahun, Aidilfitri tetap menjadi detik paling dinanti.

“Kalau ada rezeki tahun ini saya mahu pulang beraya bersama ibu dan bapa,” katanya.

Walaupun belum mempunyai pakaian raya baru, Awang hanya mahu merasai suasana berhari raya seperti anak-anak lain, duduk di samping keluarga tercinta.

“Kadangkala timbul juga rasa cemburu melihat kebahagiaan keluarga lain, tetapi itulah yang menjadi semangat saya untuk terus belajar.

“Saya asnaf dan mempunyai masalah dokumen. Lagipun kalau di sana susah mahu sekolah.

“Semasa tahun enam pun saya dapat bersekolah dua bulan sahaja selepas itu terus naik tingkatan satu.

“Selepas difikir-fikir, lebih baik saya belajar jauh supaya dapat belajar dan mengubah nasib keluarga serta menimbah ilmu,” katanya sebak.

Tidak sabar beraya bersama nenek

Sementara itu, Shah Mohamad Rafeq Ismail, 13, yang baru sebulan menetap di rumah itu, masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas ibu bapanya berpisah.

“Saya sedih juga bila tiada ayah, tetapi belajar di sini bagus dan baik.

“Lagipun kawan-kawan banyak membantu,” kongsinya kepada pemberita.

Katanya, pada hari raya nanti, dia akan pulang ke kampung dan segala persiapan akan diuruskan neneknya bersama lapan ahli keluarga lain.

Perkongsian yang sama turut dikongsi oleh adik Nur Shanatul Badrisyah, 14, yang akan beraya bersama nenek di Kota Belud.

Bercita-cita menjadi seorang guru, Nur menganggap sambutan Aidilfitri di rumah perlindungan juga tetap meriah walaupun serba sederhana kerana dapat bersama-sama rakan senasib.

Guna semula baju lama

Sementara itu, Nur Farah Elyana Emylia, 15, berkata, walaupun kehidupannya berubah selepas perceraian ibu bapanya, suasana di rumah anak yatim memberi pengalaman baharu yang positif.

“Saya gembira berada di sini kerana suasananya baik dan rakan-rakan juga menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Tahun ini, persiapan hari raya seperti biasa, namun dia masih belum mengetahui perancangan keluarganya.

Jika tiada persiapan baharu, dia akan menggunakan pakaian sedia ada untuk menyambut Syawal.

Semangat persahabatan jadi ganti keluarga

Walaupun Aidilfitri kali ini disambut dalam kesederhanaan, semangat dan harapan anak-anak di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa tetap utuh.

Setiap senyuman dan tawa mereka bagaikan menegaskan bahawa Syawal bukan sahaja tentang pakaian baru atau juadah mewah, tetapi tentang kekuatan hati, persahabatan dan impian untuk masa depan yang lebih cerah.

Related Posts

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

KEHARMONIAN dalam masyarakat terutama persaudaraan sesama Islam adalah perkara yang amat penting. Tohmah bukan sekadar isu individu, tetapi wabak sosial yang meracuni ketenangan, ekonomi dan nilai kemanusiaan. Pengasas Maahad Tahfiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan