Sambutan 1,500 pelancong di KKIA cerminkan lonjakan awal Tahun Melawat Malaysia 2026

KOTA KINABALU – Program sambutan pelancong berskala besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini menjadi petunjuk awal momentum positif industri pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan kehadiran dianggarkan seramai 1,500 pelancong dalam tempoh empat jam.

Pengarah MOTAC Sabah, Chong Wai Kit berkata, ketibaan pelancong tersebut melibatkan gabungan penerbangan antarabangsa dan domestik, termasuk dari Incheon dan Seoul, Korea Selatan serta Singapura, selain dari beberapa destinasi utama dalam negara.

“Bagi penerbangan domestik, kita menerima pelancong dari Lahad Datu serta Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Sibu dan Kuching.

“Keseluruhannya dianggarkan 1,500 pelancong tiba antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang,” katanya semasa Acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sempena Visit Malaysia 2026, di sini pada Isnin.

Menurut Wai Kit, program tersebut bukan sekadar sambutan simbolik, tetapi merupakan strategi berimpak tinggi untuk memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra dan kaya dengan kepelbagaian budaya.


“Inisiatif penyambutan serentak di sembilan lapangan terbang utama negara mencerminkan kesediaan Malaysia untuk bersaing secara agresif dalam menarik pelancong antarabangsa, sekali gus merancakkan semula ekonomi pelancongan pasca-pandemik.

“Selain KKIA, program sama turut dilaksanakan di KLIA, Langkawi, Kuching dan Pulau Pinang, menjadikan keseluruhan sembilan lapangan terbang terlibat dalam usaha memperkenalkan keunikan Malaysia kepada pelancong yang tiba.

“Objektif utama adalah untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya serta menonjolkan hospitaliti rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemesraan dalam menyambut tetamu,” jelasnya.

Dalam pada itu, majlis sambutan di KKIA dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan interaktif, termasuk pemberian cenderahati di pintu ketibaan domestik serta gimik unik mengisi beras ke dalam anyaman ketupat di pentas utama.

Para pelancong turut dihidangkan juadah tradisional seperti lemang dan rendang, selain disajikan persembahan tarian kontemporari yang mengangkat elemen budaya tempatan.

Tidak ketinggalan, kemunculan maskot ‘Wira’ dan ‘Manja’ menambah suasana ceria, di samping sesi bergambar beramai-ramai bersama pelancong yang mencipta kenangan istimewa setibanya mereka di Sabah.

Sementara itu, program ini turut mendapat sokongan padu daripada Malaysia Airports Holdings Berhad serta rakan strategik lain seperti Sabah Tourism Board, Barik Air, Spritzer dan Adabi.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos