Kakitangan KKM merokok di restoran dikompaun

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang, adalah penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kompaun telah dikenakan terhadap individu itu mengikut Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.

Katanya, tindakan tatatertib dalaman akan turut diambil selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang.

“KKM akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil dan konsisten,” menurut kenyataan itu lagi, lapor Bernama.

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial bahawa seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan kepada individu yang tampil melaporkan kejadian berkenaan.

Beliau menegaskan tiada mana-mana pihak mengatasi undang-undang, termasuk warga KKM sendiri yang seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

“Saya telah mengarahkan tindakan tegas diambil serta-merta. Individu terbabit telah dikenakan kompaun di bawah Akta 852 dan akan berdepan tindakan tatatertib,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X miliknya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya membantu melaporkan kejadian seumpama itu melalui saluran rasmi, termasuk akaun X @KKMPutrajaya sekiranya berlaku di mana-mana premis larangan merokok.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh