HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati

PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press (TMP), tiga peserta perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 iaitu Taaniiya, Yasha dan Nazura berpandangan bahawa kepelbagaian masyarakat Malaysia serta keunikan makanan tempatan menjadi antara sebab mereka bangga menjadi rakyat negara ini.

Tania berkata, kepelbagaian kaum di Malaysia membolehkan masyarakat mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain, selain bersama-sama meraikan pelbagai perayaan.

“Saya paling bangga sebab Malaysia ni berbilang kaum. Kita ada banyak budaya, banyak festival dan kita dapat kenal satu sama lain. Seronok bila kita semua boleh celebrate bersama-sama,” katanya kepada TMP pada Jumaat.

Sementara itu, Yasha berkata, pengalaman berada di luar negara membuatkannya semakin menghargai kepelbagaian makanan Malaysia, khususnya hidangan seperti nasi lemak dan roti canai.

“Kalau pergi negara lain, kita boleh stay lima hari sahaja, lepas tu rasa macam nak balik Malaysia, nak makan nasi lemak. Roti canai tu mesti. The moment kita masuk Malaysia balik, memang wajib cari makanan kita,” katanya.

Bagi Nazura pula, makanan Malaysia sememangnya antara perkara yang paling dibanggakan kerana kepelbagaian hidangan tempatan sukar ditandingi.

Katanya, pengalaman melancong ke beberapa negara membuatkannya menyedari makanan Malaysia tetap menjadi pilihan dan sesuatu yang dirindui.

“Saya memang suka makan. Kalau pergi travel tempat lain pun, saya tak suka sangat makanan orang. Saya paling suka makanan dekat Malaysia sebab memang terbaik,” katanya.

Nazura berkata, selain makanan, sikap saling menyokong dan mesra dalam kalangan rakyat Malaysia juga menjadi satu keistimewaan yang wajar dibanggakan.

“Rakyat Malaysia semua supportive. Benda kecil macam bila kita beli barang dan kita cakap terima kasih, mereka akan jawab ‘sama-sama’. Nampak simple, tapi benda macam itu menunjukkan kita ni ramah dan saling menghormati,” katanya.

Ketiga-tiga mereka berpandangan kepelbagaian kaum, budaya dan makanan merupakan kekuatan Malaysia yang perlu terus dihargai, khususnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang