Hajiji terima kunjungan perpisahan Konsul Jeneral Jepun

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Pejabat Konsular Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Konsul Jeneral, Yamashita Yoshito di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Kunjungan itu diadakan sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Yamashita pada akhir Mac tahun ini, setelah berkhidmat selama dua tahun enam bulan di Sabah yang diiringi oleh penggantinya, Nakasuji Hisaki.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai hubungan kerjasama antara Sabah dan Jepun, khususnya dalam bidang pelaburan, pelancongan, ekonomi serta pembangunan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Hajiji turut merakamkan penghargaan atas peranan Yamashita dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara Jepun dengan Sabah sepanjang tempoh beliau berkhidmat di negeri ini.

Beliau juga berharap hubungan baik antara Sabah dan Jepun akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, terutamanya dalam usaha menarik lebih ramai pelabur dan pelancong Jepun ke Sabah.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah