Kerajaan naik taraf sistem pengairan sawah padi di Kota Belud

KOTA BELUD – Kerajaan komited memperkukuh sektor pertanian di Sabah menerusi usaha menaik taraf sistem pengairan di kawasan jelapang padi di Kota Belud.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, sejak tahun 2013 hampir RM600 juta telah dibelanjakan bagi menaik taraf sistem pengairan di kawasan berkenaan melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13, kerajaan turut meluluskan kira-kira RM120 juta bagi melaksanakan enam projek pembangunan pengairan di Kota Belud.

“Kerajaan negeri juga menyediakan kira-kira RM25 juta bagi meningkatkan sistem pengairan negeri di kawasan sawah padi di daerah itu sebagai usaha membantu pesawah tempatan,” katanya dalam Majlis Iftar Silaturahim, di sini pada Isnin.

Menurut Jamawi, sektor pertanian di Kota Belud kini semakin mendapat perhatian golongan muda yang mula mengusahakan sawah padi menggunakan teknologi dan jentera moden.

“Bagi menyokong perkembangan tersebut, kerajaan negeri melalui Lembaga Padi dan Beras Sabah memperuntukkan RM30 juta tahun ini bagi memperkukuh mekanisasi dalam proses pembajakan, penanaman dan penuaian padi.

“Terdapat kira-kira 3,000 hektar tanah sawah padi yang berpotensi masih terbiar ketika ini dan kerajaan merancang mengusahakannya melalui kerjasama pelbagai agensi berkaitan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Jamawi turut menggalakkan golongan belia agar tidak malu menceburi sektor pertanian kerana bidang tersebut penting dalam memastikan bekalan makanan negeri dan negara terus terjamin.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah