Suryady cadang laksana harga siling tiket penerbangan khas warganegara

TAWAU – Kerajaan Persekutuan digesa
mengambil langkah mengawal harga tiket penerbangan ke Tawau dengan memperkenal mekanisme khas termasuk mempertimbangkan pelaksanaan harga siling bagi warganegara.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, cadangan itu susulan kebimbangan terhadap trend kenaikan harga tiket penerbangan yang dilihat semakin membebankan penduduk tempatan khususnya pelajar serta rakyat yang kerap berulang-alik ke daerah ini.

“Keadaan itu berlaku kerana sebahagian besar penumpang yang menaiki pesawat ke Tawau bukan terdiri daripada pelancong, sebaliknya rakyat negeri ini.

“Sebagai contoh saya sendiri menaiki pesawat dalam seminggu mesti ada dua kali, pergi dan balik dan saya dapati trend ini semakin lama memberi kesan kepada rakyat termasuk pelajar khususnya mereka yang tinggal di Tawau dan kerap ulang-alik Kuala Lumour, Tawau serta Kota Kinabalu.

“Pelancong mungkin tidak berdepan masalah kerana mampu membayar harga tiket yang tinggi, namun situasi itu memberi tekanan kepada penduduk tempatan Tawau dan Kalabakan yang perlu berulang-alik atas urusan kerja, pendidikan dan keluarga,” katanya kepada media dalam program memasak bubur lambuk peringkat Wisma Persekutuan Tawau, di sini, pada Jumaat.

Dalam hal berasingan, Suryady turut mendesak agar kontraktor dilantik dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau terus memastikan langkah keselamatan di kawasan pembinaan Jalan Utara dipertingkatkan.

“Kalau melihat daripada jadual kerja, projek Jalan Utara ini sepatutnya siap pada tahun hadapan.

“Bagaimanapun kita ambil maklum berkenaan jalan raya yang rosak dan berharap agar mereka memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

“Langkah itu penting memandangkan peningkatan jumlah kenderaan dijangka berlaku menjelang musim perayaan sekali gus berpotensi meningkatkan risiko kemalangan sekiranya keadaan jalan tidak ditangani dengan sewajarnya,” ujarnya.

Terdahulu, sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada agensi kerajaan di Tawau dan orang awam.

Related Posts

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

KUANTAN – Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan (B40) dari dua sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura menerima sumbangan bakul makanan dan vitamin C, pagi tadi. Pemilihan penerima sumbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

TAWAU – Penambahbaikan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) disambut baik pengguna khususnya mereka yang tinggal jauh dari bandar dan perlu menanggung penggunaan bahan api yang tinggi bagi urusan harian serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi