CDO berdepan 2 pertuduhan guna kedudukan cadang keluarga terima rumah SMJ

SANDAKAN – Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mengesyorkan dua ahli keluarganya sebagai penerima bantuan kemiskinan di bawah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Tertuduh, Herman Idris, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Mengikut pertuduhan, Herman yang bertugas sebagai CDO bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pegawai Badan Awam untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan dua ahli keluarganya sebagai penerima rumah bernilai RM70,000.

Susulan cadangan tersebut, dua ahli keluarganya didakwa telah terpilih sebagai penerima bantuan rumah berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Persidangan Libaran, Tingkat 1, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada pukul 2.30 petang, 26 September 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala tertuduh diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat amin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap dua bulan.

Mahkamah menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

KUANTAN – Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan (B40) dari dua sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura menerima sumbangan bakul makanan dan vitamin C, pagi tadi. Pemilihan penerima sumbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

TAWAU – Penambahbaikan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) disambut baik pengguna khususnya mereka yang tinggal jauh dari bandar dan perlu menanggung penggunaan bahan api yang tinggi bagi urusan harian serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi