Penjawat awam Pahang dapat bonus Aidilfitri RM1,000

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam kerajaan negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian BKK itu akan dikreditkan ke akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pemberian bantuan ini bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Bantuan (BKK) khas kewangan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berharap pemberian itu dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam kerajaan negeri untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang.

“Kerajaan Pahang berharap pemberian ini menyuntik semangat seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang.

“Ia sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya.

Related Posts

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati