Tiga sekeluarga maut dirempuh Hilux di Batu Gajah

BATU GAJAH – Tiga sekeluarga maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dalam kemalangan di Batu 2, Jalan Tanjung Tualang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, dua mangsa dikenali sebagai S Sarala Devi, 34, dan G Sarasbathy, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, S Shaastikka, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 27 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis tetrahidrokannabinol (THC).

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Toyota Hilux yang dipandu lelaki tersebut dalam perjalanan dari Kampar ke Bemban melalui Jalan Tanjung Tualang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar