PAUHS cadang libat urus menyeluruh tangani penipuan umrah

KOTA KINABALU – Persatuan Pengusaha Agensi Umrah dan Haji (PAUHS) menggesa kerajaan supaya memperkukuhkan penguatkuasaan serta melibatkan pengusaha umrah dari Sabah dan Sarawak dalam sesi libat urus bagi menangani isu penipuan umrah secara lebih menyeluruh.

Presidennya, Nor Azmir Abi Shafian berkata, langkah kerajaan memperkenalkan garis panduan baharu termasuk keperluan jaminan bank RM250,000 bagi pembaharuan lesen umrah adalah berpunca daripada beberapa insiden penipuan yang berlaku sebelum ini.

“Saya ingin menegaskan kesemua 15 syarikat berlesen umrah di Sabah setakat ini tidak terlibat dengan sebarang kes penipuan, sekali gus membuktikan tahap pematuhan dan etika pengendalian umrah yang baik dalam kalangan pengusaha tempatan.

“Apabila diteliti, kebanyakan kes penipuan umrah berpunca daripada tawaran pakej yang tidak logik.

“Ini melibatkan banyak faktor termasuk kos tiket, hotel dan rantaian perkhidmatan lain yang terdedah kepada eksploitasi,” katanya semasa sidang media Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026 di Hotel Citadines Waterfront, di sini pada Isnin.

Menurut Nor Azmir, penglibatan pengusaha dari Sabah dan Sarawak dalam sesi perbincangan dasar amat penting kerana keperluan industri umrah di Borneo berbeza berbanding Semenanjung.

“Selama ini, sesi libat urus hanya melibatkan wakil dari Semenanjung. Keperluan kami di Sabah dan Sarawak tidak diketahui sepenuhnya. Sedangkan kami juga boleh menyumbang idea dan pandangan yang lebih sesuai dengan realiti di sini,” katanya.

Beliau turut menegaskan penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk tindakan menyenarai hitam serta penalti berat terhadap pihak tidak bertanggungjawab perlu dilaksanakan bagi membendung penipuan umrah secara berkesan.

Sementara itu, Pengurus Umrah Zahra Travel, Ahmad Na’im Mazlan berkata, pihaknya turut memberi fokus kepada pembangunan pelancongan Muslim khusus untuk rakyat Sabah, termasuk menawarkan pakej-pakej baharu yang menepati keperluan dan sensitiviti Muslim.

“Kami mahu rakyat Sabah menggunakan agensi pelancongan Sabah, bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada agensi dari Semenanjung.

“Ini merupakan kita punya persatuan, kita punya komuniti dan kami ingin supaya benda ini disebarluaskan khususnya kepada seramai mungkin rakyat Sabah supaya memilih kami untuk destinasi 2026,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan peranan media untuk membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026, selain mempromosikan pakej-pakej yang ditawarkan bagi menarik lebih ramai rakyat Sabah memilih penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke destinasi sasaran tahun hadapan.

Related Posts

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang berlaku berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak. Insiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat