Sarawak terus prihatin, salur bantuan perayaan kepada golongan sasar

MIRI –Sarawak terus berusaha memperkukuh kebajikan rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada pembangunan dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera menjelang musim perayaan.

Timbalan Menteri Kebajikan, Wanita, Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, Sarawak sentiasa memperluas jaringan keselamatan sosial melalui pelbagai program kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh.

“Program bantuan sempena musim perayaan ini juga bertujuan melengkapkan sokongan sedia ada dan meringankan kos sara hidup semakin meningkat,” katanya semasa mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Bahagian Miri yang berlangsung pada Isnin.

Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak memainkan peranan penting sebagai agensi pelaksana kebajikan negeri. 

“Antara bantuan disediakan ialah kewangan bulanan, sokongan sosial serta pelbagai program komuniti untuk warga emas, orang kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah,” jelasnya.

Rosey turut menegaskan bahawa pendekatan kerajaan Sarawak bukan sekadar bantuan sementara, sebaliknya menekankan kesejahteraan menyeluruh penerima merangkumi aspek ekonomi, sosial dan emosi. 

“Usaha ini turut diperkukuh melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta bagi memperluas capaian bantuan kepada golongan sasar,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, seramai 150 penerima berdaftar dengan JKM Bahagian Miri menerima wang tunai RM100 setiap seorang selain hamper barangan keperluan asas bernilai RM150 yang ditaja oleh Dynasty Hotel Miri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKM Miri atas usaha berterusan mengenal pasti penerima layak serta memastikan proses pengagihan bantuan dijalankan secara teratur dan telus.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri dan Dynasty Hotel Miri yang telah berlangsung lebih dua dekad. 

Selain sambutan Tahun Baharu Cina, pihak hotel juga konsisten menyalurkan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai setiap tahun.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian