MPI perkasa literasi media, buka minda pelajar hadapi landskap media baharu

KOTA KINABALU – Malaysian Press Institute (MPI) terus komited dalam memperkasa kefahaman literasi media dalam kalangan pelajar universiti menerusi forum mini kewartawanan bersama pelajar Program Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr Ainol Amriz Ismail berkata, selain memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MPI dan UMS, forum itu turut memperkasa literasi kewartawanan, etika media serta kefahaman terhadap cabaran landskap media digital dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat umum.

“Pelajar perlu mengamalkan disiplin diri dalam menilai sesuatu berita dengan lebih kritikal, termasuk meneliti aspek keselamatan, kesahihan dan kesan sesuatu maklumat sebelum diterima atau disebarkan.

“Media hari ini bukan lagi media yang biasa-biasa. Ia berdepan dengan ketegangan, suasana yang berbeza dan cabaran baharu.

“Ia sekali gus menuntut pengamal media mencari solusi terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab kepada khalayak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Forum Mini Kewartawanan: Viral, Kepantasan dan Ketepatan – Cabaran Media Era Digital oleh MPI di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS, di sini, pada Khamis.

Jelasnya, forum berkenaan menjadi pembuka tirai (kick-off) kepada siri kerjasama MPI bagi tahun 2026 dengan UMS dipilih sebagai lokasi permulaan.

“Kita juga akan laksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor sebab kita ada susun program dengan pelajar juga dan kemudian kita akan bergerak ke Universiti Teknologi MARA (UiTM),” jelasnya.

Antara panel yang hadir dan berkongsi pandangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif KupiKupiFM Sabah, Lester Calvin Miol; Ketua Pengarang Vanakkam Malaysia, M. Thiaga Rajan dan Pensyarah Kanan Program Komunikasi FSSK UMS selaku moderator, Dr Cyril Modili.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan