Cuaca panas punca lonjakan kebakaran belukar di Perlis

KANGAR – Cuaca panas dan ketiadaan hujan dikenal pasti sebagai faktor utama lonjakan kebakaran belukar dan lalang di Perlis apabila 137 kes direkodkan sepanjang Januari 2026, daripada keseluruhan 183 operasi kebakaran yang dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini.

Pengarah JBPM Perlis, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zain berkata, statistik tersebut menunjukkan pola kebakaran terbuka mendominasi operasi awal tahun berbanding kebakaran struktur dan kategori lain.

“Daripada keseluruhan 183 kes kebakaran yang direkodkan sepanjang Januari, kebakaran belukar dan lalang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 137 kes.

“Sebanyak 14 kes melibatkan kebakaran lain-lain struktur manakala selebihnya terdiri daripada kebakaran lain-lain yang turut berpunca daripada pembakaran terbuka serta aktiviti berisiko,” katanya selepas Perbarisan Tahunan pasukan penyelamat itu di Ibu Pejabat JBPM negeri.

Beliau berkata, faktor cuaca memainkan peranan besar dalam peningkatan kebakaran apabila musim kering menyebabkan kawasan belukar, hutan dan tanah terbiar menjadi mudah terbakar.

“Pola kebakaran ini jelas dipengaruhi oleh musim kering serta cuaca panas berpanjangan yang melanda negeri ini,” ujarnya.

Tambah Wan Mohd Hamizi, ramalan cuaca oleh METMalaysia menunjukkan keadaan panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan utara Semenanjung sehingga awal Februari.

Keadaan tersebut, katanya, berpotensi meningkatkan lagi risiko kebakaran terbuka sekiranya tiada langkah pencegahan diambil oleh orang ramai.

Dalam tempoh sama, jumlah kerugian akibat kebakaran di Perlis dianggarkan mencecah RM589,300 manakala nilai aset yang berjaya diselamatkan dianggarkan RM587,500.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka sama ada secara sengaja atau tidak terkawal serta sentiasa berhati-hati dalam aktiviti harian yang boleh mencetuskan kebakaran.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi