Ladang buaya di Penampang miliki lesen sah – Polis

PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menjalankan pemeriksaan di sebuah ladang ternakan buaya susulan penularan satu video klip berdurasi satu minit berkaitan habitat buaya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di sebuah ladang ternakan buaya di kawasan Penampang dan mendapati ladang tersebut beroperasi secara sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah serta memiliki lesen penternakan dan lesen jual beli daging buaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.

Tambahnya, IPD Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu