BAP RM50.5 juta disalur kepada 751 sekolah di Kedah

ALOR SETAR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM50.5 juta diagihkan kepada 336,669 pelajar di 751 sekolah di negeri ini bermula hari ini dengan proses agihan perlu diselesaikan pada bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyaluran BAP secara tunai itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Memandangkan pengagihan bantuan ini secara tunai, maka peranan pihak polis sangat penting kerana ia melibatkan wang dalam jumlah yang besar dan kita gerakkan ke seluruh negeri Kedah.

“Mesyuarat penyelarasan telah dibuat dan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan kepada saya ini merupakan keutamaan polis untuk memastikan kawalan keselamatan, khususnya terhadap wang dan keseluruhan perjalanan dan penganjuran majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di JPN Kedah, di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Muhammad Alif Hakimi Mohd. Zamil berkata, dia akan menggunakan wang BAP itu untuk membeli buku-buku latihan.

“Kebanyakan barang sekolah sudah beli awal dan duit RM150 ini akan digunakan untuk beli buku-buku latihan. Alhamdulillah wang bantuan ini sedikit sebanyak dapat bantu ibu bapa beli barang keperluan sekolah.

“Saya ada dua lagi adik yang berada di tingkatan dua dan tahun lima, bila ada duit bantuan ini kami boleh buat beli buku-buku tambahan untuk ulang kaji pelajaran,” katanya.

Seorang guru, Nor Shuhada Desa, 41, juga merancang untuk membeli buku latihan buat anaknya, Nur Dayyanah Umaira Mohd. Fitri yang merupakan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd. Sharif.

“Barang kelengkapan sekolah anak, saya sudah siapkan awal dan mungkin selepas ini nak beli buku-buku tambahan buat anak. Banyak juga buku boleh beli dengan wang RM150 ini,” ujarnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama