PRK Kinabatangan: Ujian kesepaduan Kerajaan Perpaduan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan sebagai satu ujian penting terhadap keupayaan semua komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk bertoleransi dan bergerak seiring demi kemenangan bersama.

Naim berkata, PRK berkenaan ibarat sebuah rumah yang kini didiami bersama oleh semua parti komponen, justeru keikhlasan dan kesepaduan amat diperlukan bagi memastikan kerjasama itu kekal utuh.

“Perkahwinan sudah berlaku, kita kena jaga. Kalau perkahwinan tanpa keikhlasan, akhirnya akan berakhir dengan perceraian.

“Tetapi jika dijaga dengan baik dan penuh keikhlasan, insya-Allah bukan sahaja boleh bertahan lama, malah anak dan cucu pun ramai,”ujarnya ketika berucap kepada jentera parti baru-baru ini.

Beliau turut menyeru jentera agar tidak melengah-lengahkan masa dan segera mengatur gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing, khususnya di kawasan Lamag dan Sukau.

“Kita perlu kenal pasti kekuatan dan kelemahan di setiap kawasan. Ibarat memasak durian merah, kurang garam tak sedap, terlebih lada pula jadi pedas.

“Kita cari resipi yang ‘ngam-ngam’ supaya semua boleh makan dan rasa sedap,”tegasnya.

Naim juga mengenang semangat perjuangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan akan terus dijadikan panduan dalam menghadapi PRK tersebut.

“Seperti kata Allahyarham, kalau mahu menang, buat cara orang mahu menang, ikut jalan orang mahu menang. Tiada gunanya kita berlengah tanpa gerak kerja yang efisien.

“Hari ini bukan lagi cubaan, ini adalah perjuangan sebenar. Cubaan sudah berlalu, sekarang kita mesti bekerja bersungguh-sungguh.

“Jika dahulu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kita berada di rumah berbeza, baju dan jalan pun berlainan, tetapi hari ini kita berada di bawah satu bumbung demi matlamat bersama,” katanya.

Related Posts

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

KOTA BHARU – Kehadiran Parti Wawasan Negara tidak dipandang remeh oleh Pakatan Harapan, sebaliknya dianggap sebagai pemangkin untuk memperkukuh gerak kerja parti gabungan itu dalam mendekati rakyat. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) kini semakin ketara susulan perbezaan pandangan mengenai kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi