PDRM nafi pembabitan VVIP dalam kes Zara Qairina

POLIS menafikan dakwaan pembabitan orang kenamaan (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, hasil siasatan mengesahkan tiada sebarang pembabitan VVIP dalam kes tersebut.

“Polis mengesahkan tiada langsung pembabitan VVIP dalam kes ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa guru besar dan guru disiplin sekolah berkenaan menyembunyikan kejadian tersebut, M Kumar memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.

“Sehingga kini, seramai 82 saksi telah dirakam percakapan dan sebahagian daripada mereka telah dipanggil semula untuk keterangan tambahan,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan siasatan mendapati wujud unsur buli dalam kes kematian pelajar terbabit.

“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang khusus untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan buli. Namun, mulai 11 Julai lalu, Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan telah diwujudkan bagi tujuan tersebut,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka susulan kematian Zara Qairina berhubung penyebaran maklumat tidak sahih, termasuk dakwaan bahawa mangsa dibuli menggunakan mesin basuh.

“Kes ini masih dalam siasatan. Pihak polis telah membuka 15 kertas siasatan terhadap pelbagai berita tidak benar yang disebarkan.

“Penyebaran maklumat palsu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan proses siasatan,” tegasnya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu