Treler sarat 45 tan beras disita, nilai rampasan RM267,000

GERIK – Taktik licik cuba mengangkut 45 tan beras tanpa dokumen sah gagal apabila sebuah treler berjaya disita Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Perak dalam Ops Pintas 2.0 berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), awal pagi Rabu.

Pengarah KPB Perak, Nurul Zhahirah Nahrawi, berkata operasi bersama Unit Perisikan Ekonomi (E5) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu dijalankan sekitar jam 1.30 pagi selepas pihaknya mengesan pergerakan kenderaan berat berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan muatan beras yang dibawa dan disyaki melanggar Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Susulan itu, treler berkenaan bersama muatan 45,000 kilogram beras disita dengan nilai rampasan dianggarkan RM267,000.

Nurul Zhahirah menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras penyelewengan beras yang boleh merugikan negara.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik