Ibu Zara Qairina tandatangan dokumen tolak bedah siasat – Pengarah JSJ

SEMAKAN polis mendapati ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang turut disahkan oleh doktor patologi dan pegawai penyiasat pada peringkat awal siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, walaupun keluarga membuat permohonan untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur tersebut sekiranya wujud keraguan terhadap punca kematian.

“Selepas perbincangan bersama agensi berkaitan pada 10 Ogos lalu, bedah siasat telah dijalankan atas permintaan polis dengan penglibatan tiga doktor dari Hospital Serdang dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Dapatan bedah siasat kedua adalah selari dengan diagnosis awal, iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, semua dapatan bedah siasat telah dijelaskan secara telus kepada keluarga mangsa dan difahami bahawa prosedur tersebut sepatutnya dilakukan sejurus selepas kematian bagi memastikan bukti forensik tidak terjejas.

“Kita sedang meneliti tindakan tegas terhadap pegawai penyiasat dan pegawai penyelia yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk kemungkinan penggantungan tugas, namun perkara ini masih di peringkat siasatan.

“Setiap kematian yang menimbulkan syak wasangka wajib melalui proses bedah siasat. Pegawai penyiasat perlu menasihati keluarga dan memastikan prosedur itu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian,” tegasnya.

M Kumar berkata, siasatan kini berjalan dalam dua hala tuju, iaitu permohonan inkues kepada koroner dan siasatan jenayah termasuk elemen buli, selari dengan Seksyen 507(2) Kanun Keseksaan.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik