Malaysia pimpin Strategi Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN, kini mengetuai pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030 yang dijangka dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata bahawa perbezaan ketara antara negara anggota dalam aspek takrifan, siasatan dan pendakwaan jenayah siber merupakan cabaran utama yang perlu ditangani secara kolektif di peringkat serantau.

“Saya menggesa Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030 memberi tumpuan kepada usaha membolehkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

“Khususnya dalam tindak balas insiden, forensik digital, pertukaran data yang selamat dan penyelarasan dasar.

“Dengan teknologi berkembang pantas, jurang ini semakin melebar dan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap ketidaktentuan undang-undang merentasi sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan dan Pameran Pertahanan Siber dan Keselamatan (CYDES) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, serta Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan enam institusi pengajian tinggi awam serta swasta bagi memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa strategi berkenaan perlu berlandaskan prinsip kerahsiaan, kedaulatan serta kepercayaan bersama dalam menangani ancaman keselamatan siber yang bersifat sensitif dan merentasi sempadan negara.

Ahmad Zahid berkata, inisiatif ini menandakan peralihan besar bagi ASEAN daripada sekadar hasrat kepada pelaksanaan yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan komitmen kerajaan dalam menangani jenayah siber di peringkat nasional dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pencerobohan ruang digital negara.

“Mesej kami jelas, kami akan melindungi ruang digital Malaysia dan tidak akan berkompromi,” katanya.

Menurut beliau, jenayah siber yang dilaporkan sepanjang tahun 2024 telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.5 bilion kepada rakyat Malaysia, melibatkan lebih 35,000 mangsa.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor