Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

MELAKA – Peruntukan sektor pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan itu penting bagi memperkukuh kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Insya-Allah, jika keadaan mengizinkan, dalam pembentangan Belanjawan pada bulan Oktober nanti, saya akan menambah peruntukan sekadar yang termampu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Terendak, di sini hari ini.

Anwar berkata, peruntukan kepada Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih 35 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu berbanding sebelumnya, selaras dengan usaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara.

Menurut beliau, peningkatan itu turut memberi ruang untuk kerajaan mempertingkat kebajikan anggota ATM menerusi penyelarasan gaji dan elaun serta kerja membaik pulih dan menyelenggara kediaman anggota.

“Perbelanjaan untuk menjaga kebajikan anggota kita adalah yang tertinggi dalam sejarah. Gaji, elaun dan peruntukan membaik pulih perumahan juga antara yang tertinggi dalam sejarah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, usaha memperkukuh sektor pertahanan perlu disertai tadbir urus yang baik bagi memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara berkesan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memastikan proses perolehan aset pertahanan dilaksanakan secara telus dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang ketirisan serta memastikan kepentingan negara sentiasa diutamakan.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET