KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama KLFW bersama kementeriannya itu merupakan sebahagian daripada strategi menggalakkan rakyat membeli produk tempatan.

Beliau berkata, kerjasama itu juga selari dengan agenda kerajaan menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Memperkasa Penggunaan dan Pembelian Produk Tempatan yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Julai lalu.

“‘Jom Malaysia’ juga menjadi usaha menyeluruh untuk memperkukuh daya saing usahawan tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada produk import serta membuka peluang produk Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

“Melalui platform KLFW 2026, produk tempatan khususnya dalam industri fesyen dan kreatif diberi ruang lebih luas untuk diketengahkan kepada pengguna serta pemain industri dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Khamis.


Menurut Armizan, KLFW 2026 yang berlangsung di Esplanade KLCC bermula 3 hingga 9 Ogos menghimpunkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tempatan dengan menampilkan kira-kira 800 rekaan kreatif sepanjang tujuh hari penganjuran.

Katanya, pengisian utama ialah segmen Fashion Forward Batik Malaysia yang diperkenalkan buat pertama kali, membabitkan penyertaan 10 pereka fesyen tempatan dengan 30 rekaan batik kontemporari.

“Keistimewaan segmen itu ialah penggunaan tekstil batik asli dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, sekali gus memperlihatkan kekayaan warisan budaya negara dalam bentuk fesyen moden yang mampu bersaing di peringkat global.

“Batik bukan sekadar warisan budaya, tetapi mempunyai nilai ekonomi yang besar apabila diterjemahkan melalui kreativiti, inovasi dan pendekatan komersial yang sesuai dengan kehendak pasaran semasa,” ujarnya.


Tambah Armizan, potensi industri kreatif negara turut disokong oleh perkembangan positif sektor budaya dan kreatif yang mencatat sumbangan RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), berdasarkan Laporan Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Pencapaian ini menunjukkan industri kreatif kini bukan sahaja menjadi simbol identiti negara, malah berkembang sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi baharu.

“Penggunaan platform berimpak tinggi seperti KLFW amat penting dalam memperluaskan capaian produk tempatan, khususnya selepas KLFW 2025 merekodkan nilai publisiti (media value) sebanyak RM131 juta.

“Pencapaian tersebut membuktikan acara fesyen tempatan mempunyai keupayaan besar untuk meningkatkan keterlihatan jenama Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa” jelasnya.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM