Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026.

“Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan, penyediaan peralatan, kebajikan atlet, program sains sukan, kem atlet, kejohanan luar dan dalam negara.

“Selain itu pelbagai inisiatif sokongan yang dirancang secara menyeluruh untuk memastikan atlet Pahang turun ke gelanggang dalam keadaan benar-benar bersedia.

“Justeru, kerajaan negeri melalui MSP mengharapkan atlet Pahang yang bertanding di SUKMA Selangor dapat beroleh kejayaan terutama memenuhi sasaran emas yang ditetapkan,” kata Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

Bagi SUKMA Selangor, Fadzli berkata, kontinjen Pahang menyasarkan 35 pingat emas membabitkan penyertaan 737 atlet, manakala 15 emas menjadi sasaran Para SUKMA dengan mempertaruhkan 75 atlet.

Katanya, acara menembak dan silat menjadi pertaruhan utama dalam mencapai sasaran emas walaupun bakal berdepan saingan sengit daripada kontinjen lain terutama atlet tuan rumah.

“Latihan insentif dan pelbagai insentif yang diberikan kepada atlet dan jurulatih diharap membantu sebagai motivasi bagi mengharumkan nama Pahang,” katanya lagi, seperti dilapor Berita Harian.

Pada SUKMA Sarawak 2024, kontinjen Pahang meraih 23 pingat emas, 21 perak dan 32 gangsa, manakala Para SUKMA pula membawa pulang 15 emas, lima perak dan sembilan gangsa.

Related Posts

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infantino sedia bincang reformasi FIFA

PARIS – Presiden FIFA, Gianni Infantino mencadangkan badan bebas memantau proses membuat keputusan badan induk bola sepak dunia itu, dalam langkah yang berpotensi membantunya mendapatkan semula sokongan selepas rancangan pelaburan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti