Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun.

Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak dikongsi anak perempuannya, Zuliana.

“Dengan penuh dukacita, saya Zuliana ingin memaklumkan pemergian ayahanda tercinta kami, Mohd Eusoff Chin pada hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2026, bersamaan 24 Safar 1448H,jam 1 pagi,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Zuliana turut memaklumkan jenazah Allahyarham kini sudah dibawa pulang di kediamannya dan pengurusan jenazah akan dibuat pagi ini di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya.

Maklumat lanjut akan dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat sedikit masa lagi.

Beliau turut memohon orang ramai menitipkan doa supaya roh Allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Untuk rekod, Allahyarham Mohd Eusoff berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara bermula 25 September 1994 hingga 19 Disember 2000.

Allahyarham memulakan kerjayanya pada 1955 sebagai guru sebelum melanjutkan pelajaran di London.

Beliau memperoleh ijazah sebagai peguam daripada Lincoln’s Inn, London pada 1963.

Selepas itu, beliau menyertai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman dan memegang pelbagai jawatan termasuk Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya, Penolong Pendaftar, Penasihat Undang-undang dan Penggubal Undang-Undang, Hakim di Malaya dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Related Posts

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi amaran tegas bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai unit khusus yang ditugaskan untuk memantau hantaran di media sosial secara berterusan, terutamanya yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX