Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan potensi pelancongan di kawasan terbabit.

14 wakil diplomatik serta asing yang terlibat antaranya dari England, Finland, Itali, Belgium, Austria, Perancis, Republik Czech, delegasi Kesatuan Eropah, Slovakia dan Amerika Syarikat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program yang memasuki penganjuran kali ketiga itu diharap turut membantu menyampaikan maklumat yang tepat, berfakta dan seimbang mengenai situasi keselamatan sebenar khususnya di negara yang mengenakan ‘travel advisory’.

“Harapan kami ialah apabila negara mereka mengenakan ‘travel advisory’ susulan insiden Lahad Datu 13 tahun lalu, mereka dapat menilai keadaan sebenar ESS Zone berdasarkan pemerhatian mereka sendiri.

“Lawatan juga membuktikan ESS Zone bukan sahaja selamat, tetapi turut memiliki kekayaan biodiversiti dan potensi besar untuk terus berkembang sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas Program Security Visit and Engagement with International Delegates anjuran ESSCOM di Agnes Keith House, di sini, pada Jumaat.


Menurut Saifuddin, aspek keselamatan merupakan teras utama dan program berkenaan dilaksanakan bagi memperkukuh keyakinan masyarakat tempatan serta antarabangsa terhadap tahap keselamatan di ESS Zone.

“Sepanjang lawatan itu, wakil asing turut mendapatkan penjelasan mengenai langkah kerajaan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan awam, komitmen terhadap aspek keselamatan, penglibatan masyarakat setempat, pelaksanaan penguatkuasaan oleh ESSCOM serta potensi ancaman keselamatan.

“Melalui maklum balas yang diterima, saya melihat kesannya sangat positif kerana mereka dapat melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan,” ujarnya.

Terdahulu, lawatan bersama delegasi antarabangsa itu bermula seawal pukul 7 pagi melibatkan Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan yang terletak dalam kawasan ESS Zone sebelum berakhir di Sandakan.

Difahamkan kedua-dua pulau berkenaan dikawal oleh anggota tentera dan polis serta mempunyai kedudukan strategik berhampiran pulau di selatan Filipina.

Selaij Agnes Keith House, delegasi turut dibawa melawat Rainforest Discovery Centre (RDC), Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) dan Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre (SOURC) bagi memperkenalkan keunikan biodiversiti serta produk pelancongan Sandakan.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET