Teknologi Direct to Cell luas capaian internet hingga ke perairan luar Malaysia

TEKNOLOGI Direct to Cell kini sedang dibangunkan dalam usaha memperluas capaian internet di seluruh negara, termasuk di kawasan perairan luar pesisir Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, teknologi tersebut sedang dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.

“Bagi kawasan perairan pula, kita ada satu dasar yang sedang dirangka dan belum dapat dilaksanakan pada masa ini, iaitu teknologi Direct to Cell.

“Teknologi ini akan memanfaatkan penggunaan satelit yang berfungsi seperti menara pemancar, tetapi dari angkasa, bagi memastikan capaian internet yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menara Komunikasi di Tanjung Asam, Gertak Sanggul, di Pulau Pinang, hari ini.

Menurut Fahmi, antara keutamaan kementerian dan MCMC adalah memastikan liputan internet berkualiti tinggi dapat dinikmati oleh rakyat di pelbagai kawasan termasuk lokasi pedalaman, pesisir dan perairan negara.

Dalam pada itu, MCMC juga sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi menyediakan kemudahan akses internet di kira-kira 50 kilometer laluan lebuh raya di seluruh negara yang masih belum mempunyai capaian internet.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memastikan kesamarataan digital untuk semua, selaras dengan matlamat negara menuju era digital inklusif dan mampan.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor